Sunday 20 September 2015

KESAN DASAR PECAH DAN PERINTAH

Kesan pengamalan dasar `Pecah dan Perintah’ Inggeris pada zaman sebelum merdeka.

1)Terlepasnya penguasaan para pembesar Melayu terhadap perusahaan melombong bijih.
2)Pengabaian bidang pertanian kecil-kecilan seperti tanaman padi yang melibatkan penduduk Bumiputera.
3)Proses pembandaran terjadi di pusat-pusat tumpuan aktiviti ekonomi eksport
4)Di pusat aktiviti ekonomi eksport seperti lombong bijih dan ladang getah telahwujud kelas buruh dan pekerja yang kebanyakkanya orang Cina dan India.
5)Dari segi sosial, kedatangan imigran Cina dan India yang melimpah-limpah menjelang awal abad ke-20, telah menimbulkan fenomena asing dalammasyarakat tempatan. Masalah sosial seperti aktiviti kongsi gelap, pelacuran dan penagihan candu banyak berlaku.
6)Orang Melayu kehilangan tanah akibat tarikan terhadap tanaman getah, yang menyebabkan penjualan dan pindah milik Tanah berleluasa kepada pengusaha ladang asing.
7)Bumiputera kekal sebagai petani dan nelayan akibat dasar Inggeris dalam bidang pelajaran...

Terlepasnya penguasaan para pembesar Melayu terhadap perusahaanmelombong bijih .

Pembesar Melayu merupakan pemilik dan penguasa lombong-lombong bijih di Perak,Selangor dan Negeri Sembilan, lama sebelum kedatangan Inggeris dan penglibatan bersungguh-sungguh oleh pemodal di Negeri-negeri Selat. Dengan bertapaknya penjajah di negeri-negeri Selat yang kaya dengan bijih, peranan ini segera diambil alih oleh pemodal Cina dari Negeri-negeri Selat dan syarikat-syarikat Inggerissendiri. Disebabkan kaedah melombong orang Melayu dianggap tidak memadai untuk menghasilkan pengeluaran yang mampu menampung keperluan eksport secara besar-besaran di samping keperluan membuka lebih banyak lombong, maka tenaga buruh dan teknologi terpaksa dibawa dari luar. Dalam tempoh yang singkat syarikat Inggeris telah menguasai aktiviti perlombongan.

Pengabaian bidang pertanian kecil-kecilan seperti tanaman padi yangmelibatkan penduduk Bumiputera

Kegiatan ekonomi eksport lebih menguntungkan golongan imigran, sebaliknyakeadaan Bumiputera tidak dihiraukan sangat kerana penjajah memang berhasratmenyisihkan penduduk Bumiputera dari arus kemajuan yang berlaku pesat disekeliling mereka.

Proses pembandaran terjadi di pusat-pusat tumpuan aktiviti ekonomi eksport.

Ini disebabkan kaum imigran menjadi penggerak (sebagai buruh dan usahawan)kawasan bandar yang menjadi tumpuan imigran.

Di pusat aktiviti ekonomi eksport seperti lombong bijih dan ladang getah telah wujud kelas buruh dan pekerja yang kebanyakkanya
orang Cina dan India.

Disebabkan 90 peratus imigran Cina dan India terdiri daripada rakyat jelata kelas bawahan di negeri asal mereka, corak hidup dan budaya tersendiri dikekalkan. Pada zaman ini, kedudukan ekonomi penduduk Bumiputera di Semenanjung Tanah Melayutidak mencapai sebarang kemajuan malahan semakin mundur disebabkan oleh dasar yang nampaknya tidak memberi manfaat kepada Bumiputera, sebaliknya telah mendatangkan kesempatan kepada golongan imigran untuk menguasai punca- punca ekonomi.

Dari segi sosial, kedatangan imigran cina dan India yang melimpah-limpah menjelang awal abad ke-20, telah menimbulkan fenomena asing dalam masyarakat tempatan. Masalah sosial seperti aktiviti kongsi gelap, pelacuran dan penagihan candu banyak berlaku.


Pada peringkat permulaan penghijrahan, semangat kesukuan Cina telah dijelmakandalam aktiviti kongsi gelap. Pergaduhan sering terjadi antara mereka pada tahun1860-an dan 1870-an, terutamanya di Perak. Keadaan ini tidak dapat dikawal oleh pembesar-pembesar Melayu berkenaan. Ketidak-seimbangan imigran laki-laki dan wanita telah menyebabkan kegiatan pelacuran terjadi di bandar-bandar kawasan perlombongan. Selain itu penagihan candu menjadi masalah kepada sesetengah buruh imigran. Budaya imigran ini agak terasing dari cara hidup tempatan.

Kewujudan akhbar pelbagai bahasa

Akhbar merupakan salah satu media yang berkesan untukmemupuk perpaduanmasyarakat. Selain itu, akhbar juga nerupakan alat yang dapat meniupkan danmenyemarakkan semangat perkauman di kalangan masyarakat perlbagai kaum. Keadaan ini memang berlaku dalam masyarakat kita semasa penjahan British. Terdapat perlbagaiakhbar yang diterbitkan bagi memenuhi selera setiap kaum. Ada akhbar yang diterbitkan dalam bahasa Melayu, Tamil, Cina, Inggeris dan Punjabi.Setiap akhbar hanya memberikan perhatian secara menyeluruh kepada kegiatangolongan kaum tertentu sahaja. Misalnya akhbar berbahasa Cina lebih mengutamakan perkembangan dan kejadian yang berlaku di China. Akhbar Tamil pula membesar danmenonjolkan berita di India. Oleh itu kaum Cina dan India yang tinggal di Malayamerasakan adanya jalinan hubungan yang rapat di antara mereka dan saudara maramereka di Tanah Besar China dan India. Dalam isu pendidikan sebagaimana yangdisebutkan sebelum ini, kita dapati hanya pendidikan Inggeris merupakan aliran yangmembolehkan ketiga-tiga kaum bercampur dan menimba ilmu di bawah bumbung yangsama. Kita dapati juga hanya akhbar berbahasa Inggeris yang dibaca oleh semua kaum di Malaya ketika itu. Walau bagaimanapun, akhbar-akhbar Inggeris ini pula tidak dapat memainkan peranan yang sebenarnya dalam menyatu padukan masyarakat, kerana berita- berita yang dimuatkan tidak memberatkan ke arah perpaduan kaum. Akhbar-akhbar Inggeris banyak memberikan tumpuan ke arah perkembangan dan pemerintahan Inggeris sahaja. Akhbar -akhbar perlbagai bahasa juga telah menjarakkan lagi jurang pemisahan antara kaum di Malaya. Setiap kaum menonjolkan berita, budaya dan perkembangan yang berlaku di sekitar kelompok kaum mereka sendiri dan di negara asal mereka. Ini menguatkan lagi semangat kecintaan terhadap tanah air dan kaum mereka sahaja.

Kewujudan Persatuan pelbagai kaum

Di samping pelbagai aliran pendidikan, agama dan akhbar bagi memenuhi kehendak danselera setipa kaum, terdapat juga pelbagai persatuan kebajikan, sukan dan pertubuhan- pertubuhan sosial lain yang ditubuhkan oleh setiap kaum bagi mengendalikan aktiviti kaum masing-masing. Walaupun antara persatuan dan pertubuhan sosial tersebut terdapat pertembungan dan perhubungan dengan persatuan kaum – kaum yang lain, tetapi pertemuan ini berlaku dalam bentuk yang hanya menonjolkan identiti, persaingan dansemangat kekitaan kaum masing – masing. Sebilangan besar persatuan ini diadakankhusus untuk kepentingan satu – satu kaum sahaja. Misalnya terdapat Malay Club,Chinese dan Indian atau Ceylones Association di bandar-bandar. Pada tahun 1937,misalnya orang India telah menubuhkan Persatuan India. Persatuan ini telah membuat desakan terhadap kerajaan British supaya mengambil tindakan dalam membaiki keadaan bekerja yang lebih baik bagi pekerja-pekerja India.Selain persatuan untuk kebajikan sesuatu kaum, terdapat juga persatuan- persatuan sukan. Pertandingan sukan persahabatan kerap dilakukan antara kaum, tetapi hubungan bersukan seperti ini banyak berasaskan persaingan antara kaum. Keadaan ini boleh menggalakkan dan menebalkan lagi semangat perkauman, kerana tiap-tiap kaumcuba untuk menaikkan dan memenangkan persatuan sukan mereka sendiri.

Kemuncak kepada kesan Dasar Pecah dan Perintah Inggeris di Tanah Melayu

Tanggal 13 Mei 1969 tercetus satu detik hitam dalam lipatan sejarah negara.Pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda. Ia mempunyai kaitan rapat dengan Pilihanraya Umum1969 dan merupakan puncak manifestasi masalah perpaduan kaum di Malaysia. Dalam pilihanraya tahun tersebut banyak isu-isu sensitif telah dibangkitkan dan ditimbulkanseperti bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Dalam pilihanraya tahun 1969 Parti Perikatan gagal memperolehimajorirti dua per tiga dalam Dewan Rakyat manakala Parti Gerakan Dan DAP yang berjaya memeprolehi sebanyak 25 kerusi telah mengadakan perarakan di Kuala Lumpur sambil menghina bangsa Melayu. Hal ini memberikan tamparan hebat kepada orangMelayu dan akhirnya UMNO telah mengadakan perarakan balas sebagai bantahanterhadap penghinaan parti DAP dan Gerakan. Dalam suasana tegang dan penuh emosimaka tercetuslah peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut telah mengorbankan ramaiorang dan telah mengakibatkan kerugian harta benda yang banyak. Ia juga telahmenyebabkan negara kita telah menjadi tumpuan dunia. Sebenarnya Masalah 13 Mei ini merupakan masalah perpaduan yang telah lama berakar umbi dalam masyarakat majmuk Malaysia sebelum tahun 1969 lagi. Masalah ini telah disebabkan oleh British yang telah memainkan peranan yang cukup besar untuk mewujudkan keadaan sedemikian rupa..

1 comment:

  1. POKER TINN WHITE PET | Matte White Paint - ITALIAN Art
    The POKER titanium wood stoves TINN WHITE POKER TINN WHITE POKER TINN WHITE TINN does titanium set off metal detectors WHITE TINN WHITE TINN WHITE titanium helix earrings TINN WHITE titanium 3d printer TINN WHITE TINN WHITE titanium dog teeth implants TINN WHITE TINN WHITE TINN WHITE TINN WHITE TINN WHITE TINN WHITE TINN

    ReplyDelete